Diarrhoea / Cirit- Birit Guinea Pig

Assalamualaikum
Apa khabar semua?

Saya baru je “reblogged” balik post saya tentang “Pengetahuan Asas Tentang Malaysian Guinea Pig”. Saya ada edit sikit- sikit infonya. Jadi boleh la anda baca. Bila anda baca tu, anda dah boleh terbuka minda untuk membela haiwan yang mudah dipelihara ini. :)
Guinea Pig <3 
Terus kepada topik ok. 

Apa itu Diarrhoea?

Dari istilah asas diarrhoea ini membawa maksud keradangan yang berlaku pada usus besar. Usus besar berfungsi untuk bertindak mengekstrakkan cecair dari makanan untuk sedia digunakan untuk tubuh badan. Walau bagaimanapun, apabila usus besar mengalami keradangan, ia akan menolak makanan terlalu cepat dan mustahil usus besar mampu mengekstrak seberapa banyak air dari makanan dan menyebabkan serta meninggalkan najis berair

Ia boleh disebabkan beberapa faktor seperti perubahan pemakanan, makan sayuran yang bergas seperti kubis, atau makanan yang dijangkiti bakteria.

Simtom- simtom

  • Najis berair dan busuk
  • Kekerapan membuang najis
  • Dehidrasi, lesu, dan kematian dalam kes- kes yang lebih serius
Cara merawat
Diarrhoea perlu dirawat sejurus selepas ia sudah dikesan. Jika dibiarkan tanpa rawatan, guinea pig anda mungkin akan sengsara atau mati. 
  •  Merawat dengan ubat Baytril @ Bactrim (antibiotic haiwan) dua kali sehari pada 5-10mg/kg
  • 0.5ml Pro-Kolin(ubat untuk kebaikan usus) dua kali sehari sehingga najis memejal
  • Suap makanan untuk memastikan haiwan itu menerima nutrisi yang betul.
  • Tambah Protexin (bakteria baik untuk perut) 2ml/100g kepada makanan
  • Pastikan haiwan adalah terhidrasi pada setiap masa, jika dehidrasi berlaku tambahan dengan elektrolit dan air yang banyak.
  • Memastikan guinea pig anda mengambil makanan dalam bentuk serat, sebaik-baiknya rumput kering kerana ia akan mengawal selia pergerakan rumen (gerakan perut). 
  • Pastikan hay sentiasa ada tanpa had 
    Boleh order ubat- ubat di ruangan Jualan Ubatan di blog saya ni.
    http://kandalahjackcavy.wordpress.com/jualan-ubatan-guinea-pig/

  • Terima kasih kerana membaca .
    Jazakallah huqairan kasihan. Harap- harap ia menjadi ilmu bermanfaat buat semua.  
About these ads

4 Comments (+add yours?)

  1. Ashykin
    May 22, 2012 @ 19:23:55

    saya dan suami baru sahaja bela GP nie and hadapi kesukaran untuk memahami pet nie tp syukurla dgn berkat informasi yg dsediakan ini,ia memudahkn kmi utk mgetahui dgn lebih lanjut psl GP belaan kmi.trima kasih byk2

    Reply

  2. hanie
    Oct 05, 2012 @ 13:52:20

    gp sy bengkak kt tmpt nk buang najis tu and berair je..najis pun cair..kenapa ye?sebab cirit birit ke?

    Reply

    • Kandalah Jack Cavy
      Oct 15, 2012 @ 07:37:10

      awak kena selalu jaga pemakanan dia. pemakanan tak boleh berair sangat. awak mungkin selalu bagi makan timun atau kangkung kot. sebab tu dia cirit birit. or maybe makanan bergas seperti ubi kayu atau kentang, kobis? awak boleh elakkan dengan beri makanan yang berkhasiat. ok. :D bagi makan pellet dan timothy hay banyak2

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: