Penyakit Fungus Guinea Pig

Assalamualaikum~!

Hari ni saya gembira sikit sebab baru dapat ‘garden fence‘ orang kasi free kat aku. Huhu.
Terima kasih sangat- sangat taw aunty.  Memang dah lama mencari, dok pergi Tesco tak jumpa. Tapi hari ni memang rezeki untuk saya la. :) ALHAMDULILLAH

Ni contoh 'garden fence' tu. (gambar ehsan dari member group marmut cute)

Hari ni saya nak cakap pasal PENYAKIT KULAT @ FUNGUS yang sering Guinea Pig kena.
Tapi jangan risau.
Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati memang dah takda penawarnya.
(kalau nak kasi hidup balik sangat- sangat. Gunalah Voodoo)

Antara PENYAKIT yang sering terjadi kepada GP ialah

Kurap/ Kulat (Fungus)

Jangkitan kulat sering bermula pada kawasan  muka kerana ia kawasan spot yang selalu mudah terkena kulat fungus , ia akan menyebabkan kehilangan bulu akibat gatal- gatal yang digaru oleh GP. Mungkin ada beberapa di kawasan  tapak, di belakang dan anggota badan, terutama berlaku dalam cuaca panas.  Dalam guinea pigs, bulu rambut boleh melekat antara satu sama oleh kerakexudate (kulit di bawahnya boleh memancarkan serum). Apabila ini akan kering yang luka-luka menjadi kering dan bersisik. Bulu ini akan gugur dan akan tumbuh semula bulu dalam kira-kira 4 minggu.

Dermatophytes (“kurap”) termasuk trichophyton mentagrophytes dan variannya. Walaupun jangkitan yang aktif tidak berlaku, banyak haiwan boleh menjadi pembawa. Tekanan, pemakanan, alam sekitar, haba dan kelembapan, jangkitan serentak oleh parasit luar, umur (tua, muda dan mengandung). Genetik, dan kesesakan semua boleh mempengaruhi jangkitan pada haiwan.

Ni contoh kulat fungus, kena tang muka dulu. Jangan risau, benda boleh ubatkan

Kulat fungus

Dekat kawasan mata, GP American aku kena macam ni la

Ha, ni la aku cakap serdak tu.. aku tak reti describe conditon camni. haha

lepas sapu ubat.. dia jadi camni. keruping- keruping tu tak nampak.

Hampa semua jangan la qisau sangat, rilex la. Tak mati aih kalau takat kena camni. Rajin sapu ubat atau suap makan ubat. InsyaAllah seminggu hampa dah boleh tengok perubahan dia. Aku berani janji apa yang aku cakap ni betul. Sebab aku ada pengalaman 4 ekor GP aku kena penyakit ni. Semua sihat dah, Alhamdulillah.

 Pencegahan termasuk rawatan segera parasit luaran, penternakan yang baik, dan tahap kelembapan yang rendah. Iklim lembap terutamanya, amat bermasalah untuk guinea pig. Tempoh pengeraman adalah dilaporkan 7 hingga 14 hari untuk kurap. Kulat ini mengeluarkan sebilangan besar spora ke dalam persekitaran sehingga bertahun- tahun .Jadi membasmi kuman kawasan tersebut adalah penting.

Ubatan yang boleh digunakan senang sahaja boleh dapat kat Pet Shop, ubat dari farmasi manusia pun boleh, dan ubatan yang sedia ada di rumah.

Cara- Cara rawatan

  • Pertama sekali cuba anda mandikan guinea pig anda dengan shampoo anti-kulat.

Campurkan garam ke dalam air suam ketika mandikan GP.
1 kali sahaja (nak mandikan kerap pun takpa)

  • Kedua, sapukan ubatan seperti krim anti-fungus (saya guna Becarin- Rm3) atau,

Spray anti-fungus- Rm12 (untuk kucing punya pun boleh guna) .
Sehari 2 kali sapu

  • Ketiga, kalau anda nak gunakan ubat oral pun boleh. Jenama Bexton – Rm14 yang terbaik.

Boleh didapati kat Petshop, atau Klinik haiwan.

  • Keempat, kalau dah sampai tahap yang kritikal sangat,

anda dapatkan suntikan anti- fungus- Rm4- Rm15 di Veterinar daerah atau klinik haiwan.

Untuk hasil yang lebih positif, anda cubalah atur kembali pemakanan yang lebih baik untuk Gp anda.
InsyaAllah, dengan keizinanNya GP anda akan sembuh.

bersambung untuk topik penyakit yang seterusnya. Malam esok. InsyaAllah.

Assalamuaikum, jazakallahuqairan kasiran.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.