0

Kiut Miut Fiesta (CAVY SHOW 2016)

Assalamualaikum, dah lama saya tak update blog ni. Rindu nak menulis sebenarnya tapi malas nak menulis. Saya doakan semua pembaca dalam keadaan sihat walafiat. Setiap hari ramai masih membaca blog saya ni untuk tujuan asas pembelajaran penjagaan guinea pig. Saya akui blog ini masih lemah dan kekurangan dari pelbagai segi info dan maklumat. Justeru itu, saya rasa lebih baik anda terus ‘whatsapp‘ saya di talian mudah alih. Di situ respon saya lebih pantas.

gp

Banner hari kejadian

Hari ni tanggal 22 mac 2016, post yang saya nak update hari ini adalah pasal perjalanan saya ke event Kiut Miut Fiesta 2016 yang berlangsung pada 19 Mac 2016 (sabtu) di Taman Botani Negara Shah Alam. Perjalanan dari Jitra, Kedah menaiki bas ke Shah Alam mengambil masa 10jam sebab driver bas gegeh p hantaq orang masuk kl luw habis semua jem dia randuk. Saya sendiri pun tak tahu macam mana saya boleh turut serta event tu. Mungkin sebab saya tak pernah masuk show dan saya seringkali di ajak rakan cavy yang lain terutamanya Lye Kien Foo. Sebenarnya banyak baiknya follow event sebegini kerana selain dapat mengeratkan silaturahim antara ahli cavy Malaysia ni. Saya turut dapat menimba serba sedikit pasal ilmu penjagaan serta pembiak bakaan cavy serta tips berguna untuk masa hadapan.

Sementelahan itu, bagi pendapat saya setiap orang yang memelihara guinea pig ini harus mengikuti program pertandingan cavy ini. Bukan untuk tunjuk guinea pig siapa lebih cantik dan comel tetapi lebih kepada penjagaan yang rapi dan baik adalah faktor utama. Saya sendiri bawa guinea pig local coronet yang saya beli dari kelantan beharga rm90 ketika itu. Alhamdulillah ada rezeki dapat tempat ke-3 untuk kedua-dua ekor.

 

This slideshow requires JavaScript.

Pandangan serta komentar yang membina dari juri pertandingan sangatlah begitu optimis untuk kita perbaiki keadaan guinea pig kita. Apa yang saya faham, cara setiap juri menilai guinea pig kita  tak sama. Jadi tak perlu risau atau rasa down sebab mungkin rezeki anda menang hari tu. Adalakanya kita hanya perlu mencuba dan belajar. Saya bukanlah kaki show yang selalu join event cavy show ni. Saya lebih kepada jual guinea pig sahaja, banyak guinea pig saya tak lawa atas sebab semua tengah mating jadi bulu- bulu mereka sangatlah serabut dan barai.

Pertandingan ini di sertai lebih 50 penyertaan, pelbagai baka dipertandingkan. Dibawah senarai pemenang. Credit to Lye Kien Foo

Result Cavy Show (Kiut Miut Fiesta 2016 )

BEST in SHOW ( American ) Lye Kien Foo
BEST RESERVE in SHOW ( Texel ) Nico Yan

American – BOB Lye Kien Foo
BOSB Sahril Banting

American Satin – BOB Asrol Nm
BOSB – (Tiada)

Abbysinian – BOB Siddiq Tan
BOSB Sahril Banting

Teddy – BOB Yeong Tze Ching
BOSB Sahril Banting

Teddy Satin – BOB Zulfikri Yaakub
BOSB – (Tiada)

Sheltie – BOB Sahril Banting
BOSB – (Tiada)

Sheltie Satin – BOB Smf Sweetty Fyra
BOSB – (Tiada)

Peruvian – BOB Daus Ishak
BOSB Daus Ishak

White Crested – BOB Lye Kien Foo
BOSB – (Tiada)

Coronet – BOB Danny Yeong
BOSB Danny Yeong

Texel – BOB Nico Yan
BOSB Jack Cavynosorous

NON – ACBA

1st – Skinny WhiteHorse Eva
2nd – Abbyruvian Nurul Nazira
3rd – Skinny Siddiq Tan

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih kepada rakan- rakan baik saya tolong saya ketika berada di Shah Alam, terutama kepada Farhan Manan, Duncan, Wajdi, Zira, Yana, dan Nanienia yang melayan tetamu seperti keluarga sendiri. Terima kasih juga pada Foo jemput datang rumah untuk tengok guinea pig dia. Terima kasih kepada semua warga marmut cute untuk sambutan yang sangat baik.

Sekian tamat post kali ni, Assalamualaikum
Jazakallahuqairan kasiran
haters gonna hate
spread cavy love

 

 

0

Revolusi Hobi

Assalamualaikum. Harap semua pembaca sihat- sihat belaka.

Saya pun tak faham. Apa yang customer nak?

Nak koleksi RARE? nak elok- elok?
Tapi harga nak macam local.. ?

Saya dah bagi gambar boleh pilih warna, tapi nak warna lain plak, lepas tu dah jumpa tak nak beli pula katanya harga mahal.Habis? Nak macam mana? Nak elok kualiti AAA+ show dapat no.1 kat show tapi beli harga rm100? Baik tak payah import, local belambak yang dah champion.

Kalau nak dibandingkan dengan hobi bela kucing rasanya memang ketara sangat sebab walaupun kucing yang tak ada certificate pun boleh mencecah ribuan ringgit tetapi demi hobi sanggup habiskan duit serta perbelanjaan harian kucing yang sangat jauh beza dan lebih mahal. Manakala gp hanya cukup sekadar makan pellet arnab kualiti premium serta daun hijau untuk sumber protein dan vitamin. Dimanakah kesedaran untuk kita sampai tahap seperti Show Kucing dan Arnab dimana pertubuhan mereka sangat diiktiraf dan aktif serta mendapat taraf dimata orang ramai? Ramai orang masih tidak mengetahui guinea pig ni apa dan bagaimana rupa.

Saya boleh screenshot beratus2 komen dan IM saya yang tak pernah paksa beli saya punya gp malah saya suruh beli dari local breeder dan harga jauh lebih murah. First saya akan PM customer ‘gp saya mahal’. Terpulang, ada yang faham dan ada yang bebal nak harga murah.

Jpeg

Parcel

Jpeg

Blondy anak Ejam

Salam

Haters gonna hate. Jazakallahuqairan Kasiran

0

Ragam Manusia

Assalamualaikum, semoga rakan- rakan semua sihat.

Saya pula tak berapa sihat memandangkan cuaca panas lembap dan berjerebu di kawasan Jitra Kedah ini. Hari ini saya nak cerita pasal ragam manusia yang tak pernah membaca entri- entri saya berkenaan harga GP saya, berulang kali saya bercerita tapi hal sama berulang. Isu harga gp saya yang mahal. Kalau mahal janganlah beli, saya jual gp yang “rare” dan bloodline yang kuat serta kualiti yang bagus tetapi saya istiharkan ‘pet quality’ atas alasan saya sendiri tidak pernah guna GP saya masuk Show GP untuk tentukan kualiti.

Tapi Alhamdulillah ramai berpuas hati dengan GP yang saya jual. Tak kurang 45 ekor yang terjual dalam kurang 5 kali shipping setakat ini. Cuma sesetengah ‘otaisan’ yang acah2 hebat provok harga saya di ruangkan komen group. Bagi saya perbuatan itu sangat tidak matang demi untuk menjatuhkan nama baik saya dan kepentingan dia sendiri. Saya nak berkawan dengan semua dan niat saya nak membantu sesama breeder.

Kemunculan semula saya di dalam group gp bukan nak tunjuk bagus tapi membantu breeder serta hobi untuk urusan lebih mudah. Saya tinggalkan group gp selama 3 tahun tetapi breed paling latest cuma American muka pendek dengan color, marking yang rare? Ke manakah industri kecil gp ni berkembang seperti di takuk lama melangkah setapak? Sepatutnya baka satin bulu panjang lama membiak tetapi tiada siapa mengambil langkah cuma yang ada otaisan yang provok harga dan bukan perbaiki industri. Sampai bila nak harap beli dari luar?

Ada hamba Allah bertanya kepada saya secara IM..

Kenapa harga breed American mahal terutamanya jenis satin?

Bagi saya mahal atau tidak bukan masalah saya & itu hal awak, saya bukan breeder yang ternak puluh- puluh ekor kat rumah dan tetapkan harga saya sendiri.

Ini harga haiwan dari Thailand, di import dari Bangkok oleh saya sendiri dan gp ini datang dengan harga matawang Thailand Bath.

Sifir mudah dia begini matawang THB lebih mahal dari MYR. Manakala sifir kompleks dia duit kita MYR didarabkan dengan 8.35.. contoh MYR200 x 8.35 = 1670THB. Kalau diikutkan dulu 1670THB tu nilainya MYR167.

Saya tak tahu mengapa saudara/saudari bertanyakan saya soalan yang diklasifikasikan oleh saya ‘sangat bebal’ kerana mempersoalkan mengapa harga yang tak menentu dari saya/ mengapa mahal dari breeder Malaysia?.

Adakah negara ini saya yang kawal kewangan keluar masuk? Adakah saudara/ri yang tak peka ehwal peredaran semasa?

Adakah saya sangat marah dengan kritikan ‘harga’ yang diberikan saudara/ri?
-Ya, sangat marah sebab saudara/ri boleh sedar sendiri kos import yang telah saya tanggung.

Contoh anda bayar MYR400 untuk gp biasa pilihan anda. Anda pilih paling comel dan tak pandang langsung yang tak comel. MYR400 tu hanya bernilai MYR334 sahaja apabila ditukar. Kemudian kos OVERHEAD yg saya tanggung ;
1.Petrol: RM70 (sehala) balik tambah rm40
2.Shipping BKK – HUAHIN : RM100
3. PERMIT IMPORT : RM27/head
4. Accommodation: rm115
5.Money Transfer Fees: RM180 (20,000THB)
6. Makan minum: RM15
7. TOL bkt.kayu hitam: RM5
8. COD free kedah ke penang

Jpeg

Imegression Malaysia

Jpeg

starter kit 

Jpeg

Dokumen untuk Maqis

Ni bukan nak berkira, kadang-kadang kita buat baik orang tak nampak, orang tak fikir apa kita buat sebab belum duduk situasi saya. Terhegeh-hegeh kehulu kehilir buat kerja, anda duduk depan fb maki harga saya.

Niat saya buat macam ni sebab nak industri GP ni berkembang maju, makin ramai peminat, kualiti gp yang semakin bagus, pilihan warna yang banyak, satin carrier yang bagus dan setanding cavy breeder di Thailand dan Philiphine yang dah 10 tahun di depan kita

Kita ni tak kemana kalau masih berfikir harga menjadi masalah besar. Breeder ke pengumpul gp ke tak kisah la.

Niat saya nak bantu, tapi tak sedap mata saya memandang bila ada komen2 sindir gp dan harga dari saya. Saya dah screenshot komen2 tu dan harap ‘bebalnya’ dapat dibendung.

Niat hati saya disalah erti oleh sesetengah yang memikir saya untung banyak. Saya boleh cakap apa. Mai jumpa saya, kita buat kira2 lepas tu try anda beli sendiri dan import. Rm1000 utk seekor baru cukup mungkin. Kerana pendaftaran e-dagang sendiri dah makan kos anda.

Salam.

Haters gonna hate. You hate me because you ain’t me.

1

FAQ (Soalan Lazim) tentang guinea pig

Assalamualaikum
Harap semua sihat yang membaca sihat dan gp (guinea pig) anda pun sihat juga.

Apa yang nak saya tulis hari ini adalah berkaitan dengan soalan- soalan yang kerap ditanya melalui Whatsapp dan WordPress saya. Melalui pemerhatian saya tengok pada ‘stats’ view page saya sangat meningkat tahun ni selepas saya buat ‘come back’.. acewahhh come back gittew haa. Jadi soalan pun meningkat.

image

Saya bukanlah seorang mahir dan pandai sangat pasal gp, cuma apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman saya serta tunjuk ajar dari kawan pencinta gp saya share la. Tapi kadang- kadang bila saya ajar atau terangkan kepada kawan- kawan yang bertanya, saya takut kawan- kawan cakap saya acah- acah bagus la, acah- acah orang lama la. Niat saya tolong selagi mampu dan ikhlas serta tak berbayar pun.

Soalan 1
Kenapa GP saya lemah, tak aktif?
Selalu gp yang jadi lemah yang tiba-tiba tak aktif tu memang dia sakit la teruk la tu(Semua bela gp akan tahu gp jenis makan tak berhenti dan aktif sosial). Apabila sakit dia akan baring je, letih tak bermaya makan pun tidak. Jujurlah pengalaman saya, saya tahu gp tu tetap akan mati kalau buat macam mana pun. Mula-mula tanda pertama dia tak makan, kemudian duduk di penjuru sangkar je (yang ni sedih, dia tak mahu tuan dia tengok dia nak mati), esok lusa dia mati.
Tapi selagi boleh ikhtiar kita cuba la sedaya upaya, kalau dia tak makan kita lembutkan pellet dia masukkan dalam syringe dan suap. Kalau lemah juga, suapkan air larutan garam untuk elektrolik kan badan dia semula. Selagi boleh cuba, kita cuba.

Soalan 2
Mana nak cari bahan sangkar C&C (cube & coroplast)?
Nak cari banyak tempat ada, banyak cara ada nak buat. Saya pernah nampak ‘wire cube’ tu dalam iklan ikea, pernah juga nampak di Daiso, dekat kedai stationary pun ada, GIANT & TESCO pun ada. Yang dekat GIANT & TESCO tu cuba cari kat bahagian ‘bbq grill’. Kalau malaa sangat la nak jimat, pergi dekat kedai ‘hardware’ cari jaring yg saiz cube besar. Belilah panjang mana nak, potong petak besar mana nak buat C&C cage tu. Nak cantumkan wire cube tu gunalah ‘cable tie’. Coroplast tu semua stationary dan kedai papan iklan ada. Nak jimat pergi mintak dekat kedai papan iklan yang reject tu (free) sebab kalau beli kat ‘stationary’ harga boleh tahan juga dan nipis. Lantai C&C tu boleh pakai kain ‘fleece’, dekat TESCO ada jual RM19.90, besar saiz dia.

*Nasihat saya tak payah la guna sangkar C&C untuk guinea pig. Saya tahu tak semua orang malas macam saya tapi bab ‘hygiene’ kena jaga sebab gp senang kena jangkitan kulat. Jadi, yang pakai C&C ni kena rajin sapu tahi gp, basuh kain fleece.
Saya cadangkan sangkar paling sesuai untuk gp ialah sangkar biasa saiz 2×1.5 kaki. Lantai sangkar tu beli pelapik lantai tandas yang berlubang tu. Sebab apa guna sangkar biasa? Sebab bersih kerana tahi gp jatuh bawah dalam bekas. Senang nak ‘maintenance’ sangkar camtu. Boleh juga buat dua tingkat atau tiga tingkat bergantung kepada kretiviti.

Soalan 3
Kena asing ke gp jantan dari betina selepas beranak?
Memang kena asing, sebab memang gp jantan akan mengawan lagi. Kesian gp betina tu yang kita kena asing sampai anak putus susu kalau boleh. Kalau dikirakan gp bermula dari dia mengawan sampai beranak tempoh lebih kurang tiga bulan sebab gp betina bunting 2 bulan sahaja. Setahun gp boleh beranak sampai 3-4 kali. Bilangan anak pula selalu untuk kali pertama gp tu bunting dia akan beranak 1-2 ekor sahaja. Untuk seterusnya dia boleh beranak sehingga 5 ekor anak. Anak gp boleh putus susu sewaktu umur 2minggu tapi saya selalu biarkan sampai umur sebulan.

Soalan 4
Ada gp, ubatan, pellet untuk dijual?
Buat masa ni saya sangat kurang gp sendiri untuk dijual, tapi banyak sangat gp import untuk dijual. Saya lebih fokus import gp dari thailand sebab buat apa susah- susah import jauh- jauh dari America, Sweden sedangkan orang Thailand dah beli dan biak ‘blood line’ dari sana sudah lama. Tapi ‘mind set’ orang Malaysia jenis tak nak bela kualiti sebab mahal suka beli dari kedai haiwan harga jauh lebih murah. Ikhlas saya kata, sesetengah petshop jual anak ‘inbred’. Inbred ni anak dari kacuk adik beradik, anak mak , jadi gp ni kualiti sangat rendah dan cepat sakit serta saiz kecil walaupun umur tua. Biar beli mahal sikit kualiti terjamin, hidup lama.
Ubatan memang saya tak jual dah, sebab ubat- ubat anda boleh cari di kedai haiwan peliharaan, tak tahu nak cari rujuk je kat halaman ubatan saya- tengok gambar- gambar. Pellet pula saya dah tak buat, iklan- iklan saya tak padam sebab anda boleh buat rujukan pellet apa sesuai untuk bagi makan pada gp. Semua kedai dedak ada jual punya. InsyaAllah saya nak import dedak yang ‘champion- champion’ gp di Thailand pakai, harga sekilo rm10, tapi lebih baik campur dengan pellet biasa supaya jimat.

image

Sekian dari saya penulis blog guinea pig paling noob. Saya pun manusia biasa ada buat silap salah, andai ada apa- apa masalah whatsapp la kita bincang.

Jazakallahuqairan kasiran
Spread love
Haters gonna hate, they hate us cuz they ain’t us
Selamat Hari Merdeka 58

0

Thailand shipping cost

Assalamualaikum,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Hari ni nak cerita pasal kos- kos yang saya tanggung untuk membeli guinea pig dari Thailand. Orang selalu tanya kenapa mahal sangat walaupun negara jiran. Sebenarnya banyak faktor orang tak tahu. Saya akan terangkan faktor- faktornya;

1. Kos penghantaran wang:
Nak hantar duit pergi Thailand kena charge fee juga. Kalau hantar kat Maybank ke CIMB rate dia tinggi walaupun charge transfer RM20+, lagi satu masalah guna bank ni wang yang hantar ke Thailand tak akan pernah cukup sebab ada agent charge la apa la macam2 charge terselindung. Jadi saya guna Western Union, dia charge mahal untuk hantar duit (pelik juga sebab Bangladesh, China, Nepal cas sangat murah) tetapi kita hantar mesti cukup ke Thailand. Duit lebih pantas sampai cuma 15minit dah boleh ambil. Bila ada masalah pasal transfer pun boleh terus call untuk sebarang pengubahsuaian maklumat penerima atau masalah lain (free tol call). Lagi satu bagus pasal Western Union ni dia tak perlu Invoice Bill, kalau bank saya pernah ada pengalaman masuk dalam bilik pegawai kena tanya macam- macam sebab kerap transfer duit ke Thailand (sebab selalu tulis private dekat slip; malas nak buat Invoice).

2. Kos Penghantaran dari Bangkok
Kalau kos penghantaran ni murah saya dah beli tiap- tiap hari. Kos penghantaran yang agak tinggi sebab Bangkok jauh dia macam Perlis- Johor- Perlis (23 jam). Penghantaran melalui bas yang ada aircond lebih tinggi peluang gp lebih sihat dan kuat sewaktu penghantaran (sebab dulu selalu guna keretapi untuk penghantaran, gp sampai mesti separuh mati 50/50 peluang nak hidup). Bila gp pelanggan mati waktu penghantaran saya rugi banyak sebab nak ganti, kalau breeder baik dia ganti dengan shipping seterusnya.

3. ‘Crate’ yang digunakan untuk hantar gp (sangkar shipping)
Gp kalau senang nak ja bungkus guna surat khabar lama, jimat sikit. Tapi tak boleh la dah nama pun binatang kena duduk dalam sangkar la. Sangkar habis murah pun untuk shipping 4 ekor gp rm50. Pasaipa tak guna kotak ja untuk shipping? Sini nak habaq, kalau 4jam perjalanan takpa, ni 22-23 jam punya perjalanan. (Tak marah aih, habaq ja). Guna sangkar ni lebih bersih kalau omputeh panggil hygiene la sebab taik jatuh bawah kemudian hebatnya breeder ni mereka guna pampers sheet untuk serap kencing gp. (Terbaik punya servise). Tu depa cas harga rm50 untuk 4 ekor berbaloi, ikat kemas sangkar tu dan bersih.

4. Kos Upah & Kutip
Habis saya tolong beli, uruskan, ambil dan hantar gp untuk anda free? Mesti la ada upah, saya uruskan pembelian selalu ambil masa sebulan+-. Nak layan buyer pilih gp, berebut gp yang sama, pembayaran, pengesahan pembelian dan macam- macam lagi. Saya tak kisah pasal tu sebab biasa saja tapi paling susah bila dah confirm pastu batal pembelian, nak cari celah mana buyer lagi. Takkan saya nak cancel dengan breeder? Nama saya juga busuk nanti bukan buyer. Saya selalu charge rm150++ la setiap ekor buyer beli. Mahal? Wahh, ingat zaman P. Ramlee ker, sekarang zaman Najib. Taklah, saya charge harga tu sebab nak isi minyak kereta untuk ke Thailand, hotel saya duduk di Thailand, kos saya naik moto teksi tu (tak reti drive jalan kat sana), lepas tu duit standby kat 3 gate border (Awat? Tak kan tak paham duit apa). Kalau kantoi, operasi besaran akan terjadi dekat border, sebab tu tiba- tiba ada kes bom la, bunuh la sebab nak mengalih perhatian kat border tu. Sebab macam- macam orang seludup kat border tu minyak petrol, pokok, burung, arak dan banyak lagi.

5. Nilai matawang Malaysia jatuh
Semua taw duit Thai Bath lagi mahal sekarang. Itu punca utama mahal bila beli gp sana, padahal dulu 1500bath tu cuma RM150 (zaman Najib macam ni la semua punca). Sekarang ni anda nak beli boleh nilai dekat matawang je senang, nak paling bagus buka Western Union punya currency converter sebab paling murah nak tukar untuk hantar ke sana.

Itu sahaja la nak kongsi, kalau pening kepala ka apa ka pasal benda ni. Mai Whatsapp saya kalau rajin saya reply (saya xrajin kalau jenis tanya pukul 10 malam ke atas). Harap entri kali ni serba sikit boleh terang kenapa harga gp mahal. Supaya semua tahu bukan saya nak harga mahal, saya pun nak beli murah. Kita bukan hidup zaman Saloma P.Ramlee , Sembilu 2 dan Kereta Saga putih. Sekarang zaman aiskrim pasu, burger bakar dan touch screen phone.

Sekian
Jazakallahuqairan kasiran

Haters gonna Hate
Spread love

2

I’m Back 2015 (Jack Cavy)

Hi, Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Harap semua pembaca blog sihat waalfiat lah hendaknya. Saya sendiri baru sahaja menamatkan pengajian Diploma in Agro Techonology di KPTM Kota Bharu. Alhamdulillah saya dah dapat apa yang saya cita- citakan, saya minat course Agro teknologi pun sebab minatkan haiwan terutamanya guinea pig lah kan.

Saya dah start bela balik guinea pig masa sem 6 waktu saya praktikel di kawasan rumah saya. Jadi saya bosan- bosan kat rumah tak ada apa saya import la guinea pig dari Bangkok. Dalam hati memang teringin nak bela curly hair macam Texal, Alpaca & Merino sebab masa bela guinea pig banyak-banyak dulu pun tak ada bela curly hair. (Eh ada, tapi saya jual; jenis bukan pure la sebab curl kecik dan xpanjang)

Tanggal 25 March 2015, saya pergi ambil guinea pig yang saya order dari Bangkok tu, start tu saya beli 15 ekor terus (10 sow, 5 boar). Saya order macam-macam la, ada American, Coronet, Sheltie, Texal, Merino & Alpaca.

image

Kemas depa balut, bau memang keng

image

Guinea pig dok pelat siam lagi

image

Belemoih sikit la, mai pada Bangkok

image

Sangkaq sempit mampoih

Start dari hari tu, sampai la hari ni baru saya yakin nak menaip semula dan update wordpress saya ni selepas berjinak-jinak balik hobi ni. Dengan dorongan kawan- kawan saya pun tak kenal, jenis kenal kat Whatsapp lama-lama jadi (girlfriend) kawan baik. Merekalah membantu saya memberi semangat yang hilang. Terima kasih.

InsyaAllah saya akan update dari hari ke hari. Saya nak start projek import gp balik. Alhamdulillah dapat sambutan liar luar biasa.

Jazakallahuqairan kasiran

Spread love, haters gonna hate

2

Masalah Mata/ Eye Problems

Assalamualaikum, 
Salam sejahtera kepada semua. Harap- harap semua sihat wal-afiat ye.
Ada sedikit info nak share dengan semua orang.

Apabila masalah mata terjadi kepada mana- mana haiwan anda. Saya nasihatkan jangan merawatnya sendiri tanpa nasihat dari dokter haiwan/ veterinar. Ini ada masalah serius di mana penyakit ini mungkin boleh berjangkit kepada manusia, bahkan lebih serius dari itu. 

Katarak:

Katarak sama ada boleh diwarisi (kongenital) atau terbentuk kerana usia tua. Ia biasanya boleh dilihat sebagai kelegapan mata, tetapi dalam kes-kes yang lebih serius, ia boleh dilihat seperti awan putih yang meliputi permukaan mata.
Malangnya beberapa keturunan arkus membawa warisan kecacatan yang menyebabkan katarak pada usia muda. W

arisan pembawa gen ini tidak perlu dibiakkan, kerana ini akan meningkatkan kejadian catarcats kongenital.
Terdapat juga kes-kes katarak akut membentuk sebagai gejala diabetis kepada arkus. 

Mata kacang / Mata Lemak

Mata kacang boleh diklasifikasikan sebagai satu bentuk bengkak konjunktiva. Ia adalah bengkak tetap dan unjuran pundi konjunktiva di bahagian bawah mata. Walaupun mata kacang adalah masalah kosmetik pada arkus menunjukkan ia secara umumnya tidak menyakitkan atau memudaratkan kepada arkus anda. Dalam kes lebih serius  ia menyebabkan masalah dengan penglihatan arkus disebabkan bengkak menonjol pada bahagian mata, ia hanya dapat  dikeluarkan dengan rawatan laser. Jelas rawatan ini hanya dilakukan oleh seorang doktor haiwan berdaftar.
Jika gejala sakit mata mula terlihat, cubalah titiskan ubat mata berkualiti selain jenama Eye-mo. Ubat mata untuk manusia juga berkesan kepada arkus kesayangan anda. Alhamdulillah, setakat ini tiada masalah malahan sudah sembuh. Titiskan 2-3 sehari.