Pengetahuan Asas tentang Malaysian Guinea Pig Owner

Sekali lagi diingatkan.- Guinea Pig takde pertalian darah atau kena mengena ngan PIG ok. Just nama tu dapat sebab orang putih makan daging guinea pig pastu diorg cakap “ehhh!, daging menatang ni rasa macam ‘pork’ la.. kita panggil menatang ni Guinea Pig la nohh.. ”  

SALAM, di sini saya nak terangkan beberapa cara atau tips-tips yang berguna kepada rakan- rakan semua yang baru mencuburi sukan ini, atau yang sudah otaisan. Kalau salah, tolong tegurkan..

yang baik kita kongsikan bersama, insyaAllah.

Saya menulis atas segala apa yang saya tahu tentang keadaan GP di Malaysia dan kesusuaian keperluan serta apa yang GP kita kehendaki, kebanyakkan website GP selalu menyatakan perkara yang jarang ada atau tidak ada di Malaysia. Jadi saya ketengahkan benda- benda basic sebagai GP owner Malaysia.Guinea Pig @ Arkus @ Arbok @ Tikus Belanda atau apa- apa saja orang panggil tu tak kisah. Tapi dia ada macam- macam jenis baka. Jadi, senang nak kelaskan dia ada dua jenis bulu (hair ataupun ‘coat’)  iaitu bulu panjang dan bulu pendek (short-haired @ long-haired breed).

Selalunya, orang baru nak bela ni dia tak kisah jenis ape pun asalkan dia dapat bela Guinea Pig sebab sangat comel; antaranya Abbysinian dan American Guinea Pig.

Abbysinian, mempunyai pusaran @ rosette (Loli and Jack)

Abyssinian

American, muncung seperti tikus (Prince)

American

Ni breed biasa yang kita boleh tengok di kebanyakan Pet Shop Centre. Sesampainya masa kita dah biasa dengan short haired Guinea Pig ni. Kita mesti terasa nak beli long -haired atas faktor kecantikkan dan keunikan jenis baka berbulu panjang ni contohnya seperti yang ada di Malaysia ini;

Sheba Mini Yak @ Abyruvian (GP ni ala2 abysinian sikit sebab ada rosette, cuma spiky hair dia lebih panjang ), credit to (Lilo)Syarifuddin

Sheba Mini Yak milik En. Syarifuddin

 

Peruvian (GP yang ada jambul baik punyer pastu bulu dia memanjang ke depan), credit to Sahril Banting

Peruvian

 

Coronet (GP yang ada jambul@crested serta berbulu panjang dan berbelah ditengah), credit to Sahril Banting

Coronet (self colour)


Texel  (guinea pig yang berbulu keriting), credit to Sahril Banting

Texel



Sheltie/Silkie (GP yang berbulu panjang lurus ke belakang), .

Sheltie/ Silkie (credit to Mszz Asun)


Sifat, Genetic, Warna (colour marking), umur, kesihatan dan jenis bulu
 juga merupakan faktor kepada kualiti seekor guinea pig itu. Sesetengah orang mementingkan kualiti dari harga. Sesetengah itu tidak kisah asalkan dapat memelihara haiwan yang comel ini dan ada juga yang inginkan kelainan iaitu genetic order. Setiap faktor genetic  ini menentukan harga yang berbeza bagi guinea pig itu; dia terbahagi kepada Albino, Roans, Leucistic dan bermacam lagi. Ini antara genetic yang berlaku bagi 1/100 ekor GP. Harganya sudah tentu berlainan walaupun dari baka yang biasa.

Albino, semua bahagian putih dan bermata merah

Albino American GP (picture source: australian cavy sanctuary)

Roan, berbulu hitam dan seperti selati putih

Roan (google image)

Leucistic, all white and got dark eyes. Basically, its a fail produce my friend said. Because they supposed to be Pink Eye (albino) then the genetic got problem and this is leucistic. 
 

Tips penjagaan Guinea Pig bulu panjang.

Selalu owner banyak potong jer bulu diorang jer sebab takot bulu diorg yg cantik tu sapu tahi sendiri. Tapi ada caranya untuk tak payah kita nak potong tp masih menjaga kebersihan bulu GP itu sendiri. Mungkin ada yang tidak tahu dan mungkin ada yang tahu tentang kaedah Coat Wrapping. Kaedah ini boleh digunakan seawal waktu umur 3 bulan dan ke atas, waktu ini bulu jenis baka bulu panjang sudah melebihi Rump Area atau lebih mudah difahamkan kawasan organ sex GP. Hal ini demikian kerana owner- owner GP boleh menyimpan bulu GP mereka sepanjang yang mereka mahu.

Item- item yang diperlukan;
1. kain beg mesra alam ( recyele bag) bersaiz 8 x 8cm
2. pop-sickle stick ( boleh didapati di kedai alat tulis)
3. getah (untuk ikat setelah lipat nanti)
4. tape kertas ( perlu tape di keliling kain supaya keras)

1. Gunakan kain yang ringan. Lipatkan seperti gambar diatas.     Pegang bulu GP mengunakan dua jari anda.

Hair Wrap 1

2.  Lipatkan kain dari dan masukkan bulu GP kedalam lipatan kain tadi.

Hair wrap 2

3. lipatkan dengan rapi sekali supaya tidak mudah tertanggal

Hair wrap 3

 

  4. tadaaa~ sudah siap. macam ni la.

Hair wrap 4

Tips pemakanan

Hay (Jerami atau Rumput kering)

Timothy

  • Kandungan kalsium dan kalori yang jauh lebih rendah daripada rumput Alfalfa.
  • Sesuai untuk guinea pig yang dewasa.
  • Perlu diingatkan bahawa pemberian rumput Alfalfa kepada arkus dewasa adalah tidak digalakkan kerana kandungan kalsium yang amat tinggi akan menyebabkan gigi si arkus terlebih panjang dan ia amat menyakitkan arkus anda.
    Kalori yang tinggi di dalam rumput Alfalfa juga akan menyebabkan obesiti dan boleh memendekkan umur guinea pig.

Timothy Hay

Alfalfa

  • Mengandungi kalsium dan kalori yang tinggi
  • Oleh itu, ia hanya sesuai diberikan kepada ibu guinea pig yang mengandung, ibu menyusu dan baby baru lahir sehingga umur 4-5 bulan sahaja.
  • Alfalfa juga boleh diberi kepada si arkus yang sakit kerana ia mempunyai khasiat yang lebih (tetapi sementara sahaja jika kepada guinea pig dewasa).

Alfalfa Hay

Pellet (Dedak)
Banyak  pellet aftermarket  sekarang di kedai-kedai pets atau kedai-kedai menjual makanan haiwan peliharaan.

Tetapi sudah memadai dengan pellet untuk arnab yang berjenama sedikit seperti pellet FFM,  Cargill, Gold Coin dan bermacam-macam lagi.  Pellet arnab merupakan satu alternatif yang lebih bagus untuk memberi khasiat kepada Guinea Pig kerana nilainya yang lebih berpatutan berbanding dengan pellet yang khas untuk Guinea Pig yang harganya sepeket mencecah sekitar RM20 hingga Rm50 ke atas. Berbanding dengan harga pellet arnab yang bernilai sekilo Rm2 dan seguni 20KG-25KG yang mencecah nilai lebih kurang Rm25 ke Rm 50. Harganya lebih ekonomi dan berpatutan justeru sesuai untuk breeder atau pembela guinea pig yang mempunyai bilangan guinea pig 5 ekor dan ke atas.

Antara jenama pellet guinea pig yang bagus ialah Oxbow, Hagen Cobayes, Vitakraft, Britter,Bengy dan bermacam lagi. (tak tahu la yang lain2 tu ape lagi)

Kamu semua  jugak boleh dapatkan makanan yang berkhasiat dan ia mudah dijumpai serta yang paling penting ianya  percuma. ;

Daun buluh (rebung dan pucuk serta daunnya boleh dimakan, sebab itu panda suka makan), google picture

Daun Buluh. (segala jenis daun buluh boleh)

Daun Napier (mudah dijumpai di kawasan orang membela haiwan ternakan, kawasan orang india(kerana orang india tanam napier ini untuk bagi lembu suci diorang makan, kawasan tepi sungai), credit to Sahril Banting

Daun Napier

Rupa daun napier. (batangnya ala2 tebu sikit)

Napier tumbuh liar (tu motor saya.. moto ni la angkut gp, hantar gp, amek napier..haha)


Daun Pisang (daun saja, batangnya jangan sebab bergetah), google picture

Daun Pisang (batangnya jangan kasi, bergetah)

Ulam Raja (GP saya sangat suka makan, sekali ngan batang- batang diorg makan)google picture

Daun Ulam Raja

Daun Jagung(antara kegemaran diorang, daun nie manis, dah nama pun jagung manis),google picture

Daun Jagung (manis ni..)

Rumput (tak kisah la rumput ape pun asalkan baru dipotong, boleh memberi bulu yang berkilat dan baik)google picture

Rumput (macam-macam jenis rumput boleh)

Rumput Israel (senang jumpa, tumbuh meliar je)

Rumput Israel

Guinea Pig juga perlukan buahan- buahan vitamin C setiap hari atau sekurang- kurangnya 1 ml sehari  untuk memastikan kulit dan bulu guinea pig sihat. Boleh beli Vitamin C syrup di farmasi, human consumption. pakai dropper atau syringe boleh, suap ikot mulut.

Pastikan mereka tidak makan Kubis, Ubi kentang atau makanan yang tidak sesuai dan boleh memudaratkan Guinea Pig jika memakannya secara berterusan seperti bayam, kangkung, celery, salad bulat dan bermacam- macam lagi. Tolong dapatkan khidmat nasihat atau pengesahan khasiat buahan atau sayuran itu untuk Guinea Pig daripada internet atau bertanya kepada yang lebih tahu.

SEKIAN, lain kali saya tulis lagi. Penat tulis taw.  Baca ok. nie basic jer.

credit; thanks kepada semua yang telah banyak mengajar saya. terima kasih sangat- sangat.

24 thoughts on “Pengetahuan Asas tentang Malaysian Guinea Pig Owner

  1. aslmkm, sy nk tny knpa gp sy x mahu mkn bla mncecah 6 buln sejak sy tukr pellet nya.. bla sy tukr smula pellet ny yg lma smula dy x mhu juga mkn.. lg 1 bgmna nk mgekal kn pnjgaan yg rapi?? adakah dibiarkn bebas atau dikurung saja?

    • dia makan je apa2 pellet. mungkin ambil masa sedikit. penjagaan terbaik. awak bagi mereka main atas rumput la seminggu sekali.😀 lepas tu bagi mandi. makan cukup, minum cukup. sayur2. insyaAllah ok semuanya

  2. mcm mne nak bg tumbuh bulu dkt pusaran guinie pig? Pleasee saya bru bela smlm. Bru perasan ade pusaran besar kat punggung dia.

    • saya rasa tu bukan pusaran. maybe gugur la kot. awak cuba sapu air garam dua kali sehari. insyaAllah takda apa2.

  3. assalamualaikum .. sy nk tnye beberapa soalan, yg pertama, sy ingt, sy nk bli pasangan untuk gp sy, tpi klo belikan pasangan untuk die, die gado ke ? yg ke2, bole ke kalo gp mkn mknan burung? dan yg terakhir, klo nk mandikan gp menggunakan air bole ke?

  4. salam .. sya baru berhasrat na bela guinea pig .. ada sesetngah kata guinea pig boleh makan bayam , dan sya baca maklumat awak yg menyatakan gp ta boleh makn bayam .. adakah itu depends on gp tu sendiri atau mmg gp ta boleh mkn bayam spti yg awak nyatakan,, thank u..🙂

  5. Hi . Nak tanya . Saya baru beli gp jantan . Nak bagi kawan dengan betina . But gp jantan nampak takut n ta makan . Macam mana tu . Takut gp jantan mati plak ta makan .

  6. salam..nk tanya,normal ke kalau gp kuat minum air,die berak banyak sangat and kerap kencing..genesis pulak die x selera mkn.gp mcm ni ada masalah ke??and lagi 1 bulu gp gugur punca apa??mcm mna nk hilang kan hama pada gp?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s