Tips Mandikan Guinea Pig

Salam 1 Malaysia.
Malaysia
pun Boleh!!

Tips Memandikan Guinea Pig anda
Cara memandikan Guinea Pig kesayangan anda;

Langkah demi Langkah ok..

Jika anda takda sinki macam ni. Anda nak guna besen/ baldi/ mangkuk besar/ atau ape jela pun boleh sebenarnya. Pastikan mandikan dengan air suam, sebab kalau guna air sejuk nanti GP tu melompat dan mencakar- cakar anda. Nak guna shampoo kucing pun boleh sebenarnya. Tapi ikut kesesuaian jugak. Mandikan GP sekurang-kurangnya seminggu sekali adalah yang terbaik. Tapi nak mandikan setahun 3 kali pun boleh.

Langkah 1:

Bilas tab/singki anda atau cuci  dengan air dan cuka sehingga yakin bersih. (nak guna besen/baldi/bekas mandian lain pun boleh🙂 )
Bukan apa, takot bekas mandian yang kita gunakan untuk mandikan GP tu kotor dengan produk- produk manusia contoh macam;
ubat gigi, pencuci muka, sabun manusia, sabun pencuci baju atau barangan kosmetik yang masih melekat dekat bekas mandian tu. Tambahan, sediakan tuala kering/ warm towel  untuk lap basahan dan memastikan guinea pig tak mengigil dan selesa selepas mandi nanti.

Langkah 2:

Letakkan tuala di dasar singki. Ini memberikan daya tarikan dan perasaan ‘rasa selamat‘ kepada GP anda.
Ia juga membolehkan singki untuk mengisi ke tahap yang sesuai untuk GP anda dan membolehkan anda untuk mengalirkan air  singki dengan mudah iaitu dengan hanya mengangkat tuala sedikit.

Letakkan tuala di dasar singki anda

 

Langkah 3

Tempatkan GP diatas tuala dalam sinki kering supaya dia boleh mendapatkan membiasakan dengan keadaan sekiling (new climate or to new conditions).  Jangan menghabiskan terlalu banyak masa dengan ini, hanya cukup lama bagi mereka sedar yang mereka akan dimandikan  dan menjadi biasa dengan perubahan apa yang ada di sekeliling mereka.

Bagi dia dok relax2 sat atas kain tuala tu

 

Langkah 4

Alirkan air suam dan mandikan GP anda seluruh bulunya dan badannya. Elakkan melebihi paras lehernya (takut- takut nanti air masuk mata, hidung dan telinga dia) , cukup sekadar dari lehernya hingga ke belakang. Jika air yang dicurahkan ke badannya telah bertakung melebihi  dari paras kakinya, angkat sedikit tuala untuk kurangkan paras air itu. Dengan cara ni GP dapat merasakan dirinya tidak terancam dan berasa selamat kerana tidak tengelam dalam air tadi. Selain dapat memanaskan sedikit badan mereka.

Macam ni la lebih kurang

 

Langkah 5

Buihkan GP anda dengan shampoo (small animal shampoo) yang sesuai dengannya. Cuci serta gosok- gosok di bahagian yang kotor secara keseluruhan.
Bagi kotoran yang tidak keluar, gunakan cuka makan sebagai alternatif. Anda boleh mengulangi proses shampoo ni sebanyak 2-3 untuk memastikan GP anda bersih. Lebihkan mencuci di bahagian perut dan Rump Area (bahagian/kawasan organ sex) kerana kawasan itu lebih kerap menyerap najis serta kencing mereka.

Bestnyerrrr

 

Langkah 6

Bilaskan air suam dengan berhati- hati dan lebih berjaga- jaga GP anda. Pastikan air suam yang dibilas turut mengalir di kawasan ‘armpit’  atau ketiak kerana di kawasan itu bulunya yang  lebih tebal. Sangatlah penting untuk membilas air  seluruh kawasan berbulu yang mempunya sisa shampoo atau kotoran dalam langkah ke-6  ini.

Ketiak kena bersih. Baru maii ooo

 *amaran; pastikan kaki GP menyentuh dasar singki supaya dia tidak mengelupur selain dari menyokong tulang belakangnya daripada risiko kecederaan tidak disengajakan.

Langkah 7

Angkat GP dengan segera untuk menghangatkan badannya dengan balutnya dengan tuala kering dan gosok- gosokkan bulunya sehingga kering. Gosokkan dengan tuala sehingga kering, pastikan anda berlemah lembut dengan GP anda dan janganlah bersifat kasar dengannya. Tambahan lagi gosok- gosok la di bahagian kesukaanya seperti di belakang badannya, di dagunya, di lehernya..🙂
(macam GP saya dia suka saya gosok bawah leher dia.. hehe)

Lega aihhh~..

 

Langkah 8

Last skaly, keringkan GP anda dengan hair-dryer. Gunakan kepanasan biasa untuk blow pada GP anda. Jangan ter-over blow heat plak. Nanti hangit GP tu. Just blow biasa- biasa jer sambil lap-lapkan GP anda. Semburkan sedikit deodorant pada GP anda ataupun spray shampoo Bengy tu untuk bagi GP anda wangi.

Peringatan penting; keringkan GP anda sekeringnya kerana jika bulu GP anda berada dalam keadaan lembap, kemungkinan besar Fungus atau kurap akan jadi pada kulit GP anda. Ini akan menyebabkan GP anda sering mengaru- garu sehingga berdarah badannya. Jadi, fokuskan pada step ini lebih sedikit.

Thanks. Sekian.Jazakallahuqairankasiran

 

 

One thought on “Tips Mandikan Guinea Pig

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s