Guinea Pig House/ Cage

Assalamualaikum! 
Hi, Ape khabaq  semua?

Tips hari ni, minum air secukupnya. Sekarang cuaca tak menentu kejap hujan, kejap panas. So, minum la air banyak- banyak untuk elakkan demam. (pesanan khidmat masyarakat, khas dari JackCavy)
Sangkar/ Cages

Kali ni saya nak cakap pasal sangkar untuk Guinea Pig  atau nama omputihnyer goblok  Cages for Guinea Pig. 

Sangkar untuk Guinea Pig ni banyak jenis sebenarnya serta banyak patern dia. Tapi yang paling cantik dan menawan sekali cage C & C (cube & coroplast) Style laaa. Sebab nampak macam kita buat bilik untuk GP kita, siap ada tempat makan, tandas, tempat tido, tempat main dan banyak lagi. Harga untuk sekeping Wire Cube tu Rm5-Rm7 jer. Berapa jumlah keping tu bergantung pada berapa ekor GP kita dan berapa besar size GP kita.

Bila buat sangkar C & C ni nampak sikit macam Mini Zoo. Hehe. Seronok kalau tengok.
Lantai untuk sangkar C&C ni anda semua boleh gunakan habuk kayu (wood shaving), wood pellet, fleece (kain yang serap air cepat), carefresh, Megazorb, ehhh banyak kot nak tulis pun.. anda semua boleh search internet la untuk lihat jenis-jenis bedding ni.

ni la wire Cube tu, boleh cari kat kedai Daiso, IKEA, home-furnishing.. etc

dan ni pula Coroplast, boleh cari kat kedai-kedai stationary (alat tulis lerr), kat kedai- kedai buat papan iklan cetak dan kat dalam internet pun ada kot. sekeping dalam Rm6 camtu.

 

Ni contoh- contoh yang sangkar C & C yang dah siap, simple jer..

Saiz

Guinea Pig, sebagai makhluk sosial mereka lebih baik dibela lebih dari dua ekor dan ke atas. Tetapi  sangkar di pasaran (sangkar-sangkar yang dijual di kedai Pet Shop)  tidak cukup besar untuk sebuah rumah sepasang GP. Garis panduan “lama” 2 kaki persegi setiap GP dianggap ketinggalan zaman dan sangat sempit oleh ramai pemilik GP. KandalahJackCavy  mengesyorkan 7.5 kaki persegi untuk seekor GP  dan 10.5 kaki untuk sepasang. Tambahan lagi,  jika anda boleh menyediakan sangkar yang lebih besar, guinea pig anda akan mendapat manfaat dari ruang tambahan yang anda berikan. Dalam banyak kes, sangkar buatan sendiri menyediakan ruang yang cukup murah dan anda boleh membuat sangkar yang agak kreatif dengan mudah. Ini biasanya pilihan yang lebih baik daripada sangkar di pasaran yang saiznya kecil dan tidak sesuai untuk GP.

Stail sangkar 
Sangkar dengan lantai dawai atau tanjakan wayar harus dielakkan, tetapi sebaliknya guinea pigs tidak terlalu menuntut dalam apa jenis sangkar yang mereka perlukan.Sangkar dengan tanjakan dan rendah rak plastik atau ledges menyediakan beberapa faedah tambahan bagi Guinea Pig, tetapi berhati-hati mereka tidak mengambil ruang lantai dari yang diperlukan untuk pusingan berjalan. Jarak antara bar boleh sehingga satu inci untuk GP dewasa. Sesetengah pemilik telah menginovasikan dengan penyelesaian yang sangat kreatif untuk masalah menyediakan perumahan yang cukup besar. Perkara yang baik tentang guinea pig bahawa mereka adalah agak besar dan tidak semua yang besar akan memanjat atau mengunyah, dan tidak mungkin untuk memanjat atau melompat ke atas tembok yang ketinggian yang munasabah (18 inci untuk yang mengandungi banyak GP). Beberapa contoh penyelesaian sangkar pandai boleh didapati di laman web yang disenaraikan di “Guineapigcages.com” Gambar-gambar menunjukkan bagaimana dengan sedikit kreativiti di mana anda boleh menyediakan kandang/sangkar guinea pig yang lebih luas, terutamanya untuk kumpulan guinea pig  jika anda mempunyai ruang yang cukup. C & C (cube & coroplast)  “Kiub dan Coroplast” gaya sangkar telah menjadi sangat popular. Jauhkan diri dari membeli sangkar komersial yang  berada di pasaran untuk guinea pig kerana ia betul-betul kecil. Hanya terdapat beberapa jenis sahaja sangkar  yang menepati saiz yang sesuai untuk Guinea Pig anda di pasaran sekarang. (mungkin ia hanya sesuai waktu kecil sahaja, waktu besaq kita tak taw nanti dia sempit ka apa). Lagipun guinea pig anda tidak boleh bercakap kat kita yang sangkaq dia kecik. Dia jalan sikit tercium bontot kawan dia. Tak seronok la macam tu. Kita syok sendiri ja.

Adalah antara beberapa contoh sangkar yang sesuai untuk guinea pig macam kat bawah ni

Tapi ada satu peringatan la kat sini, kalau korang rasa macam cage- cage yang aku cerita ni makan modal banyak, korang bela jer dalam sangkar apa pun, janji GP tu bahagia. Cuma beringat la sebelum apa- apa tak diingini terjadi. Tu jer.

Lagipun ada tak sarankan la bela dalam lantai flat-floor yang korang kena guna Wood Shaving sebagai bedding. Sebab mahal kot sekilo dah Rm8, kalau korang beli pek ekonomi pun Rm20+ camtu.  Wood Shaving tu dia serap kencing cepat dan kita kena tukar 2 hari sekali. Memang meletihkan dan membazir. Baik kita ikhtiarkan guna cara najib/tinja GP tu jatuh kuar dari sangkar terus, taklah bulunya kotor dan GP anda busuk serta jimatkan masa, wang dan tenaga kita dari gunakan Wood Shaving tu.

Aku dulu bela dalam besen jer macam gambar kat bawah ni. kena la guna wood shaving tu. Memang makan modal teruk. Terus aku tukar sangkar.

THANKS FOR READING, JAZAKILLAHUQAIRANKASIRAN.
ASSALAMUALAIKUM

7 thoughts on “Guinea Pig House/ Cage

  1. kalau nak beli sangkar kat abg bleh?sbb sye bru brp minngu beli piggy sye…jdi sye xdek pengalaman ape-ape lgi pon

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s