Penyakit Gigi Guinea Pig

Assalamuaalaikum!

Salam 10 Januari 2012

Kali ni nak sambung cerita lagi pasal penyakit Guinea Pig. Sebelum ni aku fokuskan terus pada penyakit Kurap/ Fungus iaitu masalah utama bagi pemilik Guinea Pig.
Tapi kali ni saya nak fokuskan satu penyakit lagi tetapi secara ringkas sedikit. Saya tak nak ceritakan lebih mendalam macam saya post entri pasal Fungus tu, bukan saya malas tapi saya hanya nak fokuskan nama penyakit, tanda- tanda penyakit dan bagaimana mengubatinya.
Saya rasa itu sudah memadai kan?  :)

smile la dengan saya!

MALOCCLUSION

Malocclusion dan akar memanjang

Gigi Maloccluded gigi yang tidak tumbuh dengan betul dan lebih memanjang dari yang asal

Lazimnya malocclusion ini adalah penumbuhan gigi depan dan belakang yang cepat dan memanjang, walaupun ia mungkin kelihatan hanya gigi hadapan telah terlalu besar. Oleh itu keupayaan untuk mengunyah menjadi merosot dan gigi hadapan tidak lagi boleh digunakan seperti biasa. Biasanya molars (arah sepatutnya gigi tumbuh) bawah tumbuh ke arah dan kadang-kadang lebih lidah manakala molars atas tumbuh ke arah pipi. Gigi terlalu panjang  ini menghalang  GP mengunyah seperti biasa dan makan makanan dan boleh menyebabkan luka dan kecederaan kepada mulut.

Malocclusion dipercayai warisan genetik, terutamanya dalam kes-kes di mana cavies yang lebih muda daripada dua tahun maloccluded.  Malocclusion kadang-kadang dikaitkan dengan masalah jantung. 

Sebabnya berlaku masalah ini ialah, memberi sumber kalsium dah phosphorus yang tinggi dan berlebihan. Selalunya berkaitan dengan alfalfa hay dan beberapa sumber lain.

contoh gambar- gambar malocclusion

Tanda- tanda Malocclusion

  • GP itu hanya mengangkat makanan dan tidak mengunyahnya.
  • Berat badannya akan berkurangan.
  • Mulutnya akan sentiasa terbuka sedikit kerana faktor giginya yang panjang.
  • Giginya patah akibat GP yang mengigit sesuatu kerana berasa tidak selesa dengan giginya.
  • Air liur mengalir keluar kerana mulutnya tak boleh ditutup kerana susah mengunyah makanan.
  • Duduk diam, tidak aktif dan baring selalu serta tidak makan dan minum.

Cara Rawatan

  • Bawa guinea pig berjumpa dengan dokter veterinar
  • Dapatkan ubatan yang perlu
  • Bersihkan kawasan mulut Guinea Pig selalu
  • Dapatkan rawatan dengan pakar gigi haiwan untuk memotong gigi guinea pig itu
  • Berikan sumber vitamin yang mencukupi.

Sedikit Informasi

Guinea pig yang giginya patah pasti akan tumbuh balik nanti. Jadi, janganlah risau jika gigi guinea pig anda patah. Berikan vitamin C kepada GP yang giginya patah dan khasiat- khasiat yang lain. Cuma yang anda perlu risaukan ialah gigi guinea pig anda tumbuh panjang dari yang sepatutnya. InsyaAllah. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk GP anda semua. 

Thanks for reading. Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia

Jazakallahuqairankasiran

10 thoughts on “Penyakit Gigi Guinea Pig

    • gp saya pernah jadi gak. saya cuma pergi basuh kat air, darah kering tu saya gosok2 sampai tertanggal. alhamdulillah takda apa. still hidup. kadang2 diorg cirit birit, mungkin itu salah satu sebab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s