Jantina Guinea Pig Anda

Assalamualaikum

Apa khabaq semua?

Hari ni saya nak terangkan, bagaimana kita nak mengenali jantina guinea pig kita.

Mengetahui jantina guinea pig anda adalah amat penting kerana ia merupakan Kunci Utama untuk kita membiakan atau mengawal pembiakan guinea pig kita.

Penentuan jantina pada di peringkat awal adalah amat penting untuk mengelakkan berlaku inbreeding iaitu mengawan dengan sesama adik- beradik. Hal ini dicegah kerana merbahaya kepada anak guinea pig itu kelak.

Anak jantan tidak boleh bersama dengan ibunya atau adik betina selepas habis menyusu mahupun umurnya sudah mencapai 3 – 4 minggu. Ini kerana untuk mengelakkan si jantan mengawan bersama ibu atau adik betinanya.

Secara pandangan mudah, kita boleh melihat dengan berpandukan kaedah ‘Y‘ dan ‘i‘.
Kemaluan yang berbentuk Y menunjukkan ia betina. Dan kemaluan berbentuk i menunjukkan ia jantan.

Jika anda tidak juga dapat mengenali jantina guinea pig anda, anda boleh bertanyakan kepada mereka yang membela guinea pig, atau anda boleh terus bertanya di kedai haiwan peliharaan atau veterinar. Kehidupan guinea pig anda boleh bergantung padanya.

Kalau tak tahu sangat, tak faham sangat. Klik jer link Group FB Marmut Cute kat tepi  post ni. Dia akan direct bawa anda ke group marmut terulung di Malaysia

Bawah ni ada gambar contoh untuk anda lebih faham dan mengenali jantina GP anda. InsyaAllah mudah- mudahan

Jantan, umur dalam seminggu

Betina, anak dalam umur seminggu

Jantan dewasa, saiz penisnya besar dan testis kelihatan

Betina dewasa umur dalam sebulan

pictures from; http://cavyspirit.com/sexing.htm (rujuk sini utk gambar- gambar lagi)
Jika mempunyai sebarang permasalahan, boleh contact saya di FB, atau terus ke Group Marmut Cute.

Assalamualaikum. Thanks 

One thought on “Jantina Guinea Pig Anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s