Pengalaman mengajar kita

Assalamualaikum

Apa khabar? Harap- harap semua sihat ok.
Saja je post entri malam ni. Dah bosan sangat dan masa pun ada. Jadi apa salahnya saya update post malam ni tentang diri saya.
Saya ni budak baru habis SPM. Tengah tunggu result SPM keluar la 21/22/23 March nanti. Hati gemertar tu mestilah ada pasal saya ni bukan budak pandai. Saya suka ponteng sekolah dan menyendiri sebab sekolah baru ni banyak pengalaman pahit yang berlaku. Tapi saya tak kisah, kalau ada rezeki, insyaAllah saya boleh masuk menara gading. Doa- doakanlah kejayaan saya.

sapa tak maw ceq oi

 

Waktu cuti dan duduk kat rumah ni la cita- cita aku masa zaman sekolah tu. Tak sabar- sabar nak tunggu habis SPM. Kononnya bebas la tak fikir apa. Tapi, ternyata memang menyeronokkan dari zaman persekolahan aku. Cukuplah dengan apa aku lalui.
Tempoh tunggu result tunggu result keluar ni la kawan- kawan aku semua ambil peluang cari pengalaman bekerja, begitu juga dengan aku yang cuba untuk cari peluang pekerjaan. Tapi mungkin bukan minat aku untuk bekerja makan gaji.

Aku nak cari kerja yang sesuatu yang boleh mengajar aku tentang nilai kehidupan realistik. Kehidupan dan perasaan ingin cuba merasai dunia perniagaan yang lebih serius. Cara pengurusan kewangan, pulangan keuntungan dan modal yang dicatat rapi dan sentiasa dikemas kini seperti cashier. Cara mendekatkan diri kepada pelanggan dan membuatkan mereka rasa yakin dengan apa yang mereka akan dapat seperti penjual insurans. Menghafal penyakit- penyakit dan cara penyembuhannya sama ada melalui pembacaan atau pengalaman sendiri seperti seorang ahli farmasis. Mengenali dunia penghantaran seperti penghantaran melalui bas, keretapi, dan pos laju dan semua perlu aku hafal seperti aku bekerja  dengan mereka. Pelbagai ragam manusia aku temui dalam perniagaan aku selama ini, ada yang tak kisah, ada yang kisah tentang duit mereka atas pelaburan mereka keatas guinea pig yang mereka beli dengan aku.

Aku yakin, pelbagai benda dan pengalaman sudah aku lalui selama aku bergelar saudagar penjual kelengkapan dan haiwan peliharaan ini.  Banyak yang ingin aku ceritakan. Tapi aku tak tahu bagaimana hendak olahkan kecuali bercakap dan bukan menulis. Dalam dunia haiwan peliharaan ini, pelbagai jenis otaisan aku dah berkenalan. Baru aku tahu, harga haiwan- haiwan ni dikawal oleh mereka. Tak salah jika kita nak jual dengan harga murah. Tapi sampai bila? orang lain terus pegang ribuan ringgit, kita hanya mampu pegang puluhan ringgit. Aku selalu fokuskan minda aku untuk punyai target jualan harian. Seminggu sekurang- kurangnya aku harus untung Rm200 tak kisah melalui penjualan haiwan peliharaan atau pun jualan ubatan atau makanan. Niat mesti ada itu yang wajib.

last month. alhamdulillah

Sampai setakat ini saja aku nak ceritakan. Mungkin cerita tergantung. Tapi sedikit sebanyak, anda tahu apa yang saya ingin sampaikan.🙂

Assalamualaikum!
🙂 spread kandalahjackcavy❤
jazakallahuqairankasiran 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s