Protokol Perniagaan JC Caviary

Assalamualaikum

Hari ni saya nak terangkan, beberapa protokol yang saya pegang dalam perniagaan saya. Setiap peniaga atau penjual seharusnya mengamalkan perniagaan yang ‘bersih’. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘bersih’?
Bersih yang saya maksudkan ialah, tiada unsur PENIPUAN selain itu juga membawa maksud  MELAKUKAN SESUATU UNTUK MENDAPATKAN KEUNTUNGAN DIRI SENDIRI DAN MEMBERI KERUGIAN/MEMUDARATKAN KEPADA ORANG LAIN.

Seharusnya, semua para penjual mengamalkan sikap bertolak ansur.
Fikirlah jika terjadi pada anda situasi dimana anda telah ditipu pada penjual yang menjual guinea pig nya yang sakit dengan harga yang tinggi. Si pembeli pula mengeluarkan kos yang tinggi juga untuk menyembuhkan penyakit guinea pig itu, dan akhirnya si pembeli terpaksa berputih mata dengan guinea pig nya yang mati. 
Si penjual haruslah memulangkan semula wang itu, sekurang- kurangnya adil itu terlihat. 
Habis teruk sekalipun si penjual boleh menawarkan guinea pig yang baru atau pulangkan 50% atau 100% nilai haiwan tu kembali.
Ini adalah dasar perikemanusiaan bukan kepentingan diri semata- mata. 

Merujuk kepada penyataan saya di atas, saya ingin memberi jaminan kepada sesiapa yang membeli barangan jualan dari JCC atau guinea pig dari JCC,  JANGAN RISAU atau RAGU- RAGU.
Kerana JCC memberikan anda Jaminan/ Waranty kepada para pembelinya. 

JCC memberi pilihan kepada anda iaitu dengan,
-Jaminan pulangan wang anda 100%
atau
– Jaminan ganti balik dengan yang baru
Jaminan hanya dapat ditebus jika guinea pig anda mati dalam tempoh sebulan anda menjaganya.
Guinea pig hanya boleh ditukar jika guinea pig yang anda beli itu mempunyai masalah kesihatan atau mati sahaja.
Guinea pig yang anda beli di JCC tidak boleh dituntut jaminan jika guinea pig itu mati di atas kelalaian anda dalam menjaganya.

*Setiap jaminan akan diuruskan JCC dalam masa 2 minggu mengikut langkah- langkah yang ditetapkan

Thanks for using JCC servise

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s