Kekembungan/ Bloated Guinea Pig

Assalamualaikum 
Selamat sejahtera kepada semua pembaca.
Kali ni saya nak cerita pasal bloated/ kembung/ kembang seperti bengkak,  yang jarang berlaku tapi mungkin juga akan berlaku pada guinea pig anda.
Jadi saya mengambil inisiatif untuk menulis kepada para pembaca blog saya. Huhu. Sharing is caring.

Antara simtom- simtomnya ialah;

  • abdomen- abdomen GP yang membengkak
  • ketidakselesaan yang dirasai GP
  • tidak rasa melegakan/ keredaan 
  • susah melakukan pergerakkan

Punca

 Kembung/ kembang/ bengkak pada sesuatu abdomen ialah satu keadaan atau penyakit yang selalu terjadi kepada haiwan- haiwan lain juga, terutamanya anjing. Tetapi guinea pig juga seringkali menghadapi penyakit ini. Masalah penyakit kembung perut ini terjadi dengan beberapa faktor, tetapi faktor utamanya ialah melalui pembentukan gas di dalam perut atau usus, atau tersumbat dalam saluran usus.

This slideshow requires JavaScript.

Cara rawatan

Jika guinea pig anda mengalami masalah seperti simtom- simtom yang saya ceritakan tadi, bertindak cepat dengan membawa mereka ke klinik veterinar berhampiran! Penyakit kembung/ bloated ini boleh menyebabkan guinea pig anda maut. 

Antara rawatannya ialah;

  • Menstabilkan suhu badan dahulu- pastikan tubuh GP tidak terlampau panas
  • Menberikan ubat tahan sakit/ analgesic/ painkiller untuk melegakan sakit 
  • Disuntikan di bawah kulitnya (lactated ringer’s solution suam)-  100ml per KG, setiap 8 jam berselang
  • Memulihkan pencernaan mereka dengan memberikan ubat yang merangsang pergerakan gas dalam usus
  • Merangsang selera makan- ini boleh dilakukan dengan menambah serat ke dalam diet mereka
  • Tambahkan vitamin B – complex ke dalam cecair bendalir mereka

Untuk merangsang pemakanannya kembali, belikan buah- buahan dan sayuran berkhasiat yang baik untuk penghadaman mereka.

Sekian, Assalamualaikum.
spread kandalah jack cavy <3 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s