Thailand shipping cost

Assalamualaikum,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Hari ni nak cerita pasal kos- kos yang saya tanggung untuk membeli guinea pig dari Thailand. Orang selalu tanya kenapa mahal sangat walaupun negara jiran. Sebenarnya banyak faktor orang tak tahu. Saya akan terangkan faktor- faktornya;

1. Kos penghantaran wang:
Nak hantar duit pergi Thailand kena charge fee juga. Kalau hantar kat Maybank ke CIMB rate dia tinggi walaupun charge transfer RM20+, lagi satu masalah guna bank ni wang yang hantar ke Thailand tak akan pernah cukup sebab ada agent charge la apa la macam2 charge terselindung. Jadi saya guna Western Union, dia charge mahal untuk hantar duit (pelik juga sebab Bangladesh, China, Nepal cas sangat murah) tetapi kita hantar mesti cukup ke Thailand. Duit lebih pantas sampai cuma 15minit dah boleh ambil. Bila ada masalah pasal transfer pun boleh terus call untuk sebarang pengubahsuaian maklumat penerima atau masalah lain (free tol call). Lagi satu bagus pasal Western Union ni dia tak perlu Invoice Bill, kalau bank saya pernah ada pengalaman masuk dalam bilik pegawai kena tanya macam- macam sebab kerap transfer duit ke Thailand (sebab selalu tulis private dekat slip; malas nak buat Invoice).

2. Kos Penghantaran dari Bangkok
Kalau kos penghantaran ni murah saya dah beli tiap- tiap hari. Kos penghantaran yang agak tinggi sebab Bangkok jauh dia macam Perlis- Johor- Perlis (23 jam). Penghantaran melalui bas yang ada aircond lebih tinggi peluang gp lebih sihat dan kuat sewaktu penghantaran (sebab dulu selalu guna keretapi untuk penghantaran, gp sampai mesti separuh mati 50/50 peluang nak hidup). Bila gp pelanggan mati waktu penghantaran saya rugi banyak sebab nak ganti, kalau breeder baik dia ganti dengan shipping seterusnya.

3. ‘Crate’ yang digunakan untuk hantar gp (sangkar shipping)
Gp kalau senang nak ja bungkus guna surat khabar lama, jimat sikit. Tapi tak boleh la dah nama pun binatang kena duduk dalam sangkar la. Sangkar habis murah pun untuk shipping 4 ekor gp rm50. Pasaipa tak guna kotak ja untuk shipping? Sini nak habaq, kalau 4jam perjalanan takpa, ni 22-23 jam punya perjalanan. (Tak marah aih, habaq ja). Guna sangkar ni lebih bersih kalau omputeh panggil hygiene la sebab taik jatuh bawah kemudian hebatnya breeder ni mereka guna pampers sheet untuk serap kencing gp. (Terbaik punya servise). Tu depa cas harga rm50 untuk 4 ekor berbaloi, ikat kemas sangkar tu dan bersih.

4. Kos Upah & Kutip
Habis saya tolong beli, uruskan, ambil dan hantar gp untuk anda free? Mesti la ada upah, saya uruskan pembelian selalu ambil masa sebulan+-. Nak layan buyer pilih gp, berebut gp yang sama, pembayaran, pengesahan pembelian dan macam- macam lagi. Saya tak kisah pasal tu sebab biasa saja tapi paling susah bila dah confirm pastu batal pembelian, nak cari celah mana buyer lagi. Takkan saya nak cancel dengan breeder? Nama saya juga busuk nanti bukan buyer. Saya selalu charge rm150++ la setiap ekor buyer beli. Mahal? Wahh, ingat zaman P. Ramlee ker, sekarang zaman Najib. Taklah, saya charge harga tu sebab nak isi minyak kereta untuk ke Thailand, hotel saya duduk di Thailand, kos saya naik moto teksi tu (tak reti drive jalan kat sana), lepas tu duit standby kat 3 gate border (Awat? Tak kan tak paham duit apa). Kalau kantoi, operasi besaran akan terjadi dekat border, sebab tu tiba- tiba ada kes bom la, bunuh la sebab nak mengalih perhatian kat border tu. Sebab macam- macam orang seludup kat border tu minyak petrol, pokok, burung, arak dan banyak lagi.

5. Nilai matawang Malaysia jatuh
Semua taw duit Thai Bath lagi mahal sekarang. Itu punca utama mahal bila beli gp sana, padahal dulu 1500bath tu cuma RM150 (zaman Najib macam ni la semua punca). Sekarang ni anda nak beli boleh nilai dekat matawang je senang, nak paling bagus buka Western Union punya currency converter sebab paling murah nak tukar untuk hantar ke sana.

Itu sahaja la nak kongsi, kalau pening kepala ka apa ka pasal benda ni. Mai Whatsapp saya kalau rajin saya reply (saya xrajin kalau jenis tanya pukul 10 malam ke atas). Harap entri kali ni serba sikit boleh terang kenapa harga gp mahal. Supaya semua tahu bukan saya nak harga mahal, saya pun nak beli murah. Kita bukan hidup zaman Saloma P.Ramlee , Sembilu 2 dan Kereta Saga putih. Sekarang zaman aiskrim pasu, burger bakar dan touch screen phone.

Sekian
Jazakallahuqairan kasiran

Haters gonna Hate
Spread love

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s