FAQ (Soalan Lazim) tentang guinea pig

Assalamualaikum
Harap semua sihat yang membaca sihat dan gp (guinea pig) anda pun sihat juga.

Apa yang nak saya tulis hari ini adalah berkaitan dengan soalan- soalan yang kerap ditanya melalui Whatsapp dan WordPress saya. Melalui pemerhatian saya tengok pada ‘stats’ view page saya sangat meningkat tahun ni selepas saya buat ‘come back’.. acewahhh come back gittew haa. Jadi soalan pun meningkat.

image

Saya bukanlah seorang mahir dan pandai sangat pasal gp, cuma apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman saya serta tunjuk ajar dari kawan pencinta gp saya share la. Tapi kadang- kadang bila saya ajar atau terangkan kepada kawan- kawan yang bertanya, saya takut kawan- kawan cakap saya acah- acah bagus la, acah- acah orang lama la. Niat saya tolong selagi mampu dan ikhlas serta tak berbayar pun.

Soalan 1
Kenapa GP saya lemah, tak aktif?
Selalu gp yang jadi lemah yang tiba-tiba tak aktif tu memang dia sakit la teruk la tu(Semua bela gp akan tahu gp jenis makan tak berhenti dan aktif sosial). Apabila sakit dia akan baring je, letih tak bermaya makan pun tidak. Jujurlah pengalaman saya, saya tahu gp tu tetap akan mati kalau buat macam mana pun. Mula-mula tanda pertama dia tak makan, kemudian duduk di penjuru sangkar je (yang ni sedih, dia tak mahu tuan dia tengok dia nak mati), esok lusa dia mati.
Tapi selagi boleh ikhtiar kita cuba la sedaya upaya, kalau dia tak makan kita lembutkan pellet dia masukkan dalam syringe dan suap. Kalau lemah juga, suapkan air larutan garam untuk elektrolik kan badan dia semula. Selagi boleh cuba, kita cuba.

Soalan 2
Mana nak cari bahan sangkar C&C (cube & coroplast)?
Nak cari banyak tempat ada, banyak cara ada nak buat. Saya pernah nampak ‘wire cube’ tu dalam iklan ikea, pernah juga nampak di Daiso, dekat kedai stationary pun ada, GIANT & TESCO pun ada. Yang dekat GIANT & TESCO tu cuba cari kat bahagian ‘bbq grill’. Kalau malaa sangat la nak jimat, pergi dekat kedai ‘hardware’ cari jaring yg saiz cube besar. Belilah panjang mana nak, potong petak besar mana nak buat C&C cage tu. Nak cantumkan wire cube tu gunalah ‘cable tie’. Coroplast tu semua stationary dan kedai papan iklan ada. Nak jimat pergi mintak dekat kedai papan iklan yang reject tu (free) sebab kalau beli kat ‘stationary’ harga boleh tahan juga dan nipis. Lantai C&C tu boleh pakai kain ‘fleece’, dekat TESCO ada jual RM19.90, besar saiz dia.

*Nasihat saya tak payah la guna sangkar C&C untuk guinea pig. Saya tahu tak semua orang malas macam saya tapi bab ‘hygiene’ kena jaga sebab gp senang kena jangkitan kulat. Jadi, yang pakai C&C ni kena rajin sapu tahi gp, basuh kain fleece.
Saya cadangkan sangkar paling sesuai untuk gp ialah sangkar biasa saiz 2×1.5 kaki. Lantai sangkar tu beli pelapik lantai tandas yang berlubang tu. Sebab apa guna sangkar biasa? Sebab bersih kerana tahi gp jatuh bawah dalam bekas. Senang nak ‘maintenance’ sangkar camtu. Boleh juga buat dua tingkat atau tiga tingkat bergantung kepada kretiviti.

Soalan 3
Kena asing ke gp jantan dari betina selepas beranak?
Memang kena asing, sebab memang gp jantan akan mengawan lagi. Kesian gp betina tu yang kita kena asing sampai anak putus susu kalau boleh. Kalau dikirakan gp bermula dari dia mengawan sampai beranak tempoh lebih kurang tiga bulan sebab gp betina bunting 2 bulan sahaja. Setahun gp boleh beranak sampai 3-4 kali. Bilangan anak pula selalu untuk kali pertama gp tu bunting dia akan beranak 1-2 ekor sahaja. Untuk seterusnya dia boleh beranak sehingga 5 ekor anak. Anak gp boleh putus susu sewaktu umur 2minggu tapi saya selalu biarkan sampai umur sebulan.

Soalan 4
Ada gp, ubatan, pellet untuk dijual?
Buat masa ni saya sangat kurang gp sendiri untuk dijual, tapi banyak sangat gp import untuk dijual. Saya lebih fokus import gp dari thailand sebab buat apa susah- susah import jauh- jauh dari America, Sweden sedangkan orang Thailand dah beli dan biak ‘blood line’ dari sana sudah lama. Tapi ‘mind set’ orang Malaysia jenis tak nak bela kualiti sebab mahal suka beli dari kedai haiwan harga jauh lebih murah. Ikhlas saya kata, sesetengah petshop jual anak ‘inbred’. Inbred ni anak dari kacuk adik beradik, anak mak , jadi gp ni kualiti sangat rendah dan cepat sakit serta saiz kecil walaupun umur tua. Biar beli mahal sikit kualiti terjamin, hidup lama.
Ubatan memang saya tak jual dah, sebab ubat- ubat anda boleh cari di kedai haiwan peliharaan, tak tahu nak cari rujuk je kat halaman ubatan saya- tengok gambar- gambar. Pellet pula saya dah tak buat, iklan- iklan saya tak padam sebab anda boleh buat rujukan pellet apa sesuai untuk bagi makan pada gp. Semua kedai dedak ada jual punya. InsyaAllah saya nak import dedak yang ‘champion- champion’ gp di Thailand pakai, harga sekilo rm10, tapi lebih baik campur dengan pellet biasa supaya jimat.

image

Sekian dari saya penulis blog guinea pig paling noob. Saya pun manusia biasa ada buat silap salah, andai ada apa- apa masalah whatsapp la kita bincang.

Jazakallahuqairan kasiran
Spread love
Haters gonna hate, they hate us cuz they ain’t us
Selamat Hari Merdeka 58

One thought on “FAQ (Soalan Lazim) tentang guinea pig

  1. Tq 4 info..
    Gp sy tengah sakit.simpton yg awk bg tahu semua ade. Koko x nak makan, asyik tido n suka duduk kat sudut2… sy bg minum air garam, kurma utk dia bertenaga semula.
    Sedihnya tengok dia lemah je… biasa kalau sy bawak salad daun, excited dia..laju je makan..sekrg asyik tido n nafas dia laju sgt.. sedihnya kalau dia mati…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s