Ragam Manusia

Assalamualaikum, semoga rakan- rakan semua sihat.

Saya pula tak berapa sihat memandangkan cuaca panas lembap dan berjerebu di kawasan Jitra Kedah ini. Hari ini saya nak cerita pasal ragam manusia yang tak pernah membaca entri- entri saya berkenaan harga GP saya, berulang kali saya bercerita tapi hal sama berulang. Isu harga gp saya yang mahal. Kalau mahal janganlah beli, saya jual gp yang “rare” dan bloodline yang kuat serta kualiti yang bagus tetapi saya istiharkan ‘pet quality’ atas alasan saya sendiri tidak pernah guna GP saya masuk Show GP untuk tentukan kualiti.

Tapi Alhamdulillah ramai berpuas hati dengan GP yang saya jual. Tak kurang 45 ekor yang terjual dalam kurang 5 kali shipping setakat ini. Cuma sesetengah ‘otaisan’ yang acah2 hebat provok harga saya di ruangkan komen group. Bagi saya perbuatan itu sangat tidak matang demi untuk menjatuhkan nama baik saya dan kepentingan dia sendiri. Saya nak berkawan dengan semua dan niat saya nak membantu sesama breeder.

Kemunculan semula saya di dalam group gp bukan nak tunjuk bagus tapi membantu breeder serta hobi untuk urusan lebih mudah. Saya tinggalkan group gp selama 3 tahun tetapi breed paling latest cuma American muka pendek dengan color, marking yang rare? Ke manakah industri kecil gp ni berkembang seperti di takuk lama melangkah setapak? Sepatutnya baka satin bulu panjang lama membiak tetapi tiada siapa mengambil langkah cuma yang ada otaisan yang provok harga dan bukan perbaiki industri. Sampai bila nak harap beli dari luar?

Ada hamba Allah bertanya kepada saya secara IM..

Kenapa harga breed American mahal terutamanya jenis satin?

Bagi saya mahal atau tidak bukan masalah saya & itu hal awak, saya bukan breeder yang ternak puluh- puluh ekor kat rumah dan tetapkan harga saya sendiri.

Ini harga haiwan dari Thailand, di import dari Bangkok oleh saya sendiri dan gp ini datang dengan harga matawang Thailand Bath.

Sifir mudah dia begini matawang THB lebih mahal dari MYR. Manakala sifir kompleks dia duit kita MYR didarabkan dengan 8.35.. contoh MYR200 x 8.35 = 1670THB. Kalau diikutkan dulu 1670THB tu nilainya MYR167.

Saya tak tahu mengapa saudara/saudari bertanyakan saya soalan yang diklasifikasikan oleh saya ‘sangat bebal’ kerana mempersoalkan mengapa harga yang tak menentu dari saya/ mengapa mahal dari breeder Malaysia?.

Adakah negara ini saya yang kawal kewangan keluar masuk? Adakah saudara/ri yang tak peka ehwal peredaran semasa?

Adakah saya sangat marah dengan kritikan ‘harga’ yang diberikan saudara/ri?
-Ya, sangat marah sebab saudara/ri boleh sedar sendiri kos import yang telah saya tanggung.

Contoh anda bayar MYR400 untuk gp biasa pilihan anda. Anda pilih paling comel dan tak pandang langsung yang tak comel. MYR400 tu hanya bernilai MYR334 sahaja apabila ditukar. Kemudian kos OVERHEAD yg saya tanggung ;
1.Petrol: RM70 (sehala) balik tambah rm40
2.Shipping BKK – HUAHIN : RM100
3. PERMIT IMPORT : RM27/head
4. Accommodation: rm115
5.Money Transfer Fees: RM180 (20,000THB)
6. Makan minum: RM15
7. TOL bkt.kayu hitam: RM5
8. COD free kedah ke penang

Jpeg

Imegression Malaysia

Jpeg

starter kit 

Jpeg

Dokumen untuk Maqis

Ni bukan nak berkira, kadang-kadang kita buat baik orang tak nampak, orang tak fikir apa kita buat sebab belum duduk situasi saya. Terhegeh-hegeh kehulu kehilir buat kerja, anda duduk depan fb maki harga saya.

Niat saya buat macam ni sebab nak industri GP ni berkembang maju, makin ramai peminat, kualiti gp yang semakin bagus, pilihan warna yang banyak, satin carrier yang bagus dan setanding cavy breeder di Thailand dan Philiphine yang dah 10 tahun di depan kita

Kita ni tak kemana kalau masih berfikir harga menjadi masalah besar. Breeder ke pengumpul gp ke tak kisah la.

Niat saya nak bantu, tapi tak sedap mata saya memandang bila ada komen2 sindir gp dan harga dari saya. Saya dah screenshot komen2 tu dan harap ‘bebalnya’ dapat dibendung.

Niat hati saya disalah erti oleh sesetengah yang memikir saya untung banyak. Saya boleh cakap apa. Mai jumpa saya, kita buat kira2 lepas tu try anda beli sendiri dan import. Rm1000 utk seekor baru cukup mungkin. Kerana pendaftaran e-dagang sendiri dah makan kos anda.

Salam.

Haters gonna hate. You hate me because you ain’t me.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s