Kiut Miut Fiesta (CAVY SHOW 2016)

Assalamualaikum, dah lama saya tak update blog ni. Rindu nak menulis sebenarnya tapi malas nak menulis. Saya doakan semua pembaca dalam keadaan sihat walafiat. Setiap hari ramai masih membaca blog saya ni untuk tujuan asas pembelajaran penjagaan guinea pig. Saya akui blog ini masih lemah dan kekurangan dari pelbagai segi info dan maklumat. Justeru itu, saya rasa lebih baik anda terus ‘whatsapp‘ saya di talian mudah alih. Di situ respon saya lebih pantas.

gp

Banner hari kejadian

Hari ni tanggal 22 mac 2016, post yang saya nak update hari ini adalah pasal perjalanan saya ke event Kiut Miut Fiesta 2016 yang berlangsung pada 19 Mac 2016 (sabtu) di Taman Botani Negara Shah Alam. Perjalanan dari Jitra, Kedah menaiki bas ke Shah Alam mengambil masa 10jam sebab driver bas gegeh p hantaq orang masuk kl luw habis semua jem dia randuk. Saya sendiri pun tak tahu macam mana saya boleh turut serta event tu. Mungkin sebab saya tak pernah masuk show dan saya seringkali di ajak rakan cavy yang lain terutamanya Lye Kien Foo. Sebenarnya banyak baiknya follow event sebegini kerana selain dapat mengeratkan silaturahim antara ahli cavy Malaysia ni. Saya turut dapat menimba serba sedikit pasal ilmu penjagaan serta pembiak bakaan cavy serta tips berguna untuk masa hadapan.

Sementelahan itu, bagi pendapat saya setiap orang yang memelihara guinea pig ini harus mengikuti program pertandingan cavy ini. Bukan untuk tunjuk guinea pig siapa lebih cantik dan comel tetapi lebih kepada penjagaan yang rapi dan baik adalah faktor utama. Saya sendiri bawa guinea pig local coronet yang saya beli dari kelantan beharga rm90 ketika itu. Alhamdulillah ada rezeki dapat tempat ke-3 untuk kedua-dua ekor.

 

This slideshow requires JavaScript.

Pandangan serta komentar yang membina dari juri pertandingan sangatlah begitu optimis untuk kita perbaiki keadaan guinea pig kita. Apa yang saya faham, cara setiap juri menilai guinea pig kita  tak sama. Jadi tak perlu risau atau rasa down sebab mungkin rezeki anda menang hari tu. Adalakanya kita hanya perlu mencuba dan belajar. Saya bukanlah kaki show yang selalu join event cavy show ni. Saya lebih kepada jual guinea pig sahaja, banyak guinea pig saya tak lawa atas sebab semua tengah mating jadi bulu- bulu mereka sangatlah serabut dan barai.

Pertandingan ini di sertai lebih 50 penyertaan, pelbagai baka dipertandingkan. Dibawah senarai pemenang. Credit to Lye Kien Foo

Result Cavy Show (Kiut Miut Fiesta 2016 )

BEST in SHOW ( American ) Lye Kien Foo
BEST RESERVE in SHOW ( Texel ) Nico Yan

American – BOB Lye Kien Foo
BOSB Sahril Banting

American Satin – BOB Asrol Nm
BOSB – (Tiada)

Abbysinian – BOB Siddiq Tan
BOSB Sahril Banting

Teddy – BOB Yeong Tze Ching
BOSB Sahril Banting

Teddy Satin – BOB Zulfikri Yaakub
BOSB – (Tiada)

Sheltie – BOB Sahril Banting
BOSB – (Tiada)

Sheltie Satin – BOB Smf Sweetty Fyra
BOSB – (Tiada)

Peruvian – BOB Daus Ishak
BOSB Daus Ishak

White Crested – BOB Lye Kien Foo
BOSB – (Tiada)

Coronet – BOB Danny Yeong
BOSB Danny Yeong

Texel – BOB Nico Yan
BOSB Jack Cavynosorous

NON – ACBA

1st – Skinny WhiteHorse Eva
2nd – Abbyruvian Nurul Nazira
3rd – Skinny Siddiq Tan

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih kepada rakan- rakan baik saya tolong saya ketika berada di Shah Alam, terutama kepada Farhan Manan, Duncan, Wajdi, Zira, Yana, dan Nanienia yang melayan tetamu seperti keluarga sendiri. Terima kasih juga pada Foo jemput datang rumah untuk tengok guinea pig dia. Terima kasih kepada semua warga marmut cute untuk sambutan yang sangat baik.

Sekian tamat post kali ni, Assalamualaikum
Jazakallahuqairan kasiran
haters gonna hate
spread cavy love

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s